Sejarah Sekolah

Dibuka pada tahun 1940 dengan nama Douglas Road School. Terletak bersebelahan dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK) di tengah Bandar Raya Ipoh.

Tugas Hal Ehwal Murid

Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua dan Guru Penolong Kanan Pentadbiran.

Sistem Pendaftaran Atas Talian Tahun 1 2018 dan 2019

Permohonan online adalah dibuka untuk seluruh Negeri di Semenanjung Malaysia bermula dari 1 Mac 2017 sehingga 30 April 2017 di Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM)

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, 6 March 2017

PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 AMBILAN 2018 DAN 2019 SECARA ONLINE DAN MANUAL


Cara daftar permohonan Darjah 1 dikongsikan di bawah ini untuk panduan.
  • Permohonan online adalah dibuka untuk seluruh Negeri di Semenanjung Malaysia bermula dari 1 Mac 2017 sehingga 30 April 2017 di Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM)..
  • Untuk Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan, permohonan adalah melalui sekolah iaitu secara manual.
Untuk ibu bapa dan penjaga semua, berikut dikongsikan cara membuat permohonan murid Tahun 1 ambilan 2018/ 2019 untuk seluruh negeri di Malaysia. Secara online adalah menggunakan applikasi SPATKPM manakala permohonan secara manual memerlukan ibu bapa penjaga untuk hadir ke sekolah yang ingin dipohon.
Maklumat Penting : Permohonan secara online bukanlah WAJIB kepada semua penjaga dan ibu bapa.

Siapa Yang Layak Mendaftar?

Kanak-kanak yang layak didaftarkan adalah warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh lahir seperti berikut :
  • 2 Januari 2011 sehingga 1 Januari 2012 (Sesi persekolahan tahun 2018)
  • 2 Januari 2012 sehingga 1 Januari 2013 (Sesi persekolahan tahun 2019)

Cara Daftar Kemasukan Murid Tahun 1 Online

  • Kawasan : Negeri Di Semenanjung Malaysia
  • Tarikh Buka Permohonan : 1 Mac 2017 Hingga 30 April 2017
  • Applikasi Permohonan : https://public.moe.gov.my/
  • Pengguna SPATKPM yang baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di PENGGUNA BARU
  • Panduan permohonan online : Klik Muat Turun dan FAQ

Tindakan/ Langkah Ibu Bapa Selepas Mendaftar Online

Ibu bapa atau penjaga yang telah berjaya membuat pendaftaran online perlu membuat tindakan berikut bagi melengkapkan permohonan pendaftaran :-
  • Mencetak bukti permohonan
  • Seterusnya, mereka perlu hadir ke pejabat sekolah yang dimohon untuk perakuan permohonan dan penghantaran dokumen
  • Ianya perlu dibuat dalam tempoh pendaftaran dibuka iaitu dari 1 Mac sehingga 30 April 2017.

Senarai Dokumen

Berikut adalah dokumen-dokumen berkaitan (secara umum) yang diperlukan semasa penghantaran dokumen. Ianya bergantung kepada pentadbiran sekolah negeri yang dipohon.
  1. Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Salinan asal beserta 1 satu salinan)
  2. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (Salinan asal beserta 1 satu salinan KP ibu dan bapa)
  3. Surat nikah / surat cerai (Salinan asal dan 1 salinan)
  4. Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu untuk bukti tempat tinggal
  5. Sampul surat bersaiz standard dan setem (saiz sampul surat dan harga setem adalah ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon)
  6. Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)

Soalan Lazim

Berikut diantara soalan lazim berkenaan permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 ambilan 2018/ 2019 Online :-
1. Sistem Pendaftaran Atas Talian ini diwujudkan bagi memudahkan permohonan ke tahun 1 tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual.
2. Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri sebelum membuat permohonan ke tahun 1.
3. Hanya Ibu bapa dan penjaga yang dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengguna.
4. Cara untuk mendaftar sebagai pengguna baru
Tekan Pengguna Baru-> Isi semua medan Daftar Pengguna -> Tekan Daftar
Sila daftar dengan menggunakan No. Mykad yang betul
5. Cara untuk mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa
Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan Maklumat Diri dan Maklumat Akuan-> Semak Jawapan.

Semakan Keputusan Kemasukan Murid Tahun 1

Keputusan permohonan pendaftaran murid Tahun 1 akan diumumkan sekitar bulan Julai/ Ogos 2017 (Tarikh akan dikemaskini). Semakan boleh dibuat secara online di SPATKPM.
Kepada ibu bapa/ penjaga semua. Selamat membuat Pendaftaran Murid Tahun 1 2018/ 2019 Online atau manual. Moga sistem permohonan yang diperkenalkan ini dapat mempercepatkan dan memudahkan urusan permohonan anda semua.

Thursday, 2 March 2017

FUNGSI UTAMA UNIT HEM




Pembangunan Diri Pelajar. 

Disiplin

Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai –nilai murni
Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan
Menjadi penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.
Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes pelajar yang melanggar tatatertib dan salah laku.
Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin pelajar dan laporan pelajar.
Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa/ penjaga.

Program Perlindungan Pelajar. 

Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah dan program lain diperingkat sekolah.
Memastikan langkah-langkah keselamatan pelajar semasa berada di sekolah dilaksanakan.

Kesihatan

Menguruskan kemudahan rawatan pelajar.
Memastikan program-program kesihatan pelajar semasa berada di sekolah dilaksanakan
Menyelaraskan penyeliaan kantin sekolah.
Menyelaras aktiviti kesihatan pelajar.

Skim Pinjaman Buku Teks 

Menyelaraskan pengeluaran, data pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku teks.
Menguruskan kutipan data, mengawal buku stok dan bilik buku SPBT.
Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan SPBT.

Biasiswa dan Bantuan. 

Menyelenggarakan Perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan.
Mengemaskinikan rekod biasiswa dan bantuan
Menguruskan tuntutan bayaran biasiswa pelajar.

Pengurusan

Menguruskan dan mengemaskinikan buku rekod pendaftaran pelajar.
Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar.
Menguruskan pertukaran pelajar.
Menyemak buku kedatangan harian pelajar.
Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran Sijil Berhenti Sekolah.
Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah
Membantu merancang takwim sekolah.

Ko-Kurikulum Sukan dan Permainan 

Membantu merancang , melaksanakan dan menyelia kegiatan sukan dan permainan pada semua perigkat.
Membantu merancang takwim sukan dan permainan sekolah.

Kelab/Persatuan 

Menyelaraskan dan menyelia aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab yang bercorak akademik.

Unit Beruniform 

Merancang strategi penglibatan pelajar dalam kegiatan unit beruniform tersebut di peringkat sekolah.

Pembangunan Organisasi 

Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa/ penjaga.
Mengadakan kursus/ latihan untuk personal. 

KWAMP SECARA ATAS TALIAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menubuhkan Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) pada tahun 2003 di bawah Seksyen 10 Akta Tatacara Kewangan 1957. Objektif utama penubuhannya adalah untuk membantu golongan ibu bapa pelajar yang berpendapatan rendah dan tidak berkemampuan untuk menghantar anak mereka ke sekolah serta membasmi keciciran pelajar daripada persekolahan akibat kemiskinan.


Adalah menjadi hasrat KPM untuk mengurangkan jurang antara golongan miskin dan yang berkemampuan dalam mendapatkan peluang serta akses kepada pendidikan yang samarata untuk melahirkan pelajar yang cemerlang. Penubuhan tabung ini juga adalah selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang berkuatkuasa mulai Januari tahun 2003 di bawah Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996 (akta 550) yang mana mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka bersekolah mulai umur tujuh tahun (pendidikan rendah).

Pada tahun 2015 pihak sekolah dikehendaki mengemaskini maklumat penerima bantuan KWAPM secara atas talian.  Pengetua / Guru Besar tidak perlu didaftarkan ke dalam APB. Maklumat diambil terus daripada Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) - Modul Pengurusan Guru (eOPERASI) .Manakala Guru KWAPM perlu didaftarkan ke dalam eOPERASI oleh Pengetua / Guru Besar.  Untuk mengekses aplikasi APB sila lawati http://sps.moe.gov.my/utama.php 
Menggunakan link  “Ke Pengurusan Bantuan” yang telah diwujudkan dalam Modul Pengurusan Murid


Peranan Guru KWAPM
> Kemaskini permohonan KWAPM melalui APB.
> Sahkan kewujudan murid eKASIH di sekolah melalui APB.
> Maklum kepada Pengetua/Guru Besar untuk semak dan  sahkan permohonan yang dikemaskini    
   oleh Guru KWAPM.
> Semak dan cetak senarai murid yang diluluskan permohonan KWAPM/eKASIH/eDAMAK.


    Peranan Guru Besar / Pengetua
    > Pantau kemaskini permohonan yang dibuat oleh Guru KWAPM.
    > Sokong/Peraku permohonan yang selesai dikemaskini oleh Guru KWAPM melalui APB.
    > Semak dan kemaskini maklumat akaun bank sekolah di dalam APB


      Muat Turun Manual Pengguna :
      >> KWAPM: Manual Pengguna Permohonan KWAPM Melalui APB (Pengguna - Guru KWAPM)

      >> KWAPM: Manual Pengguna Permohonan KWAPM Melalui APB (Pengguna - Pengetua dan Guru Besar)


      Wednesday, 1 March 2017

      MATLAMAT PENGURUSAN KANTIN SK JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG



      1.        Menjadikan SK Jalan Panglima Bukit Gantang, Ipoh sebagai sebuah institusi pendidikan yang mempunyai sebuah kantin yang ceria, berkualiti, dan mesra pelanggan.
      2.        Membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang berterusan dalam menjalani hidup seharian di kalangan warga sekolah.
      3.        Meningkatkan keprihatinan warga sekolah terhadap kantin sekolah.
      4.        Mewujudkan suasana kantin sekolah yang kondusif.
      5.        Memupuk semangat kepunyaan serta kesediaan bertoleransi dengan pihak kantin untuk mencapai matlamat amalan mesra kantin.
      6.        Membentuk sahsiah dan disiplin pelajar yang sentiasa mematuhi peraturan sekolah dan kantin sekolah.  

      TAKAFUL PELAJAR SEKOLAH MALAYSIA (TPSM) DAN SKIM INSURAN MURID SEKOLAH (SIMS)

      Skim Insurans Murid Sekolah (SIMS) adalah penambahan kepada Takaful Pelajar Sekolah Malaysia  (TPSM) RM 1.50 bagi tujuan keselamatan pelajar yang menggunakan pengangkutan bas sekolah yang meliputi :

      1. Murid di sekolah yg berdaftar dgn kemeterian
      2. Murid yg menaiki kenderaan pengangkutan bas sekolah yg berdaftar dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)



      APA ITU TPSM 

      1. TPSM adalah milik Kementerian Pelajaran Malaysia manakala SIMS adalah Milik SPAD
      2. TPSM melindungi murid 24 jam di seluruh dunia
      3. Skop perlindungan TPSM    
       a. Mati akibat kemalangan : RM 5000    
       b. Lumpuh kekal akibat kemalangan di dalam atau luar sekolah : RM 15000    
       c. Terpisah atau putus anggota badan atau hilang penglihatan : RM 15000  -Tangan atas pergelangan      ke atas  -Kaki buku lali ke aras  -Jika sebelah dapat separuh    
       d. Khairat kematian :RM 1000    
       e. Elaun tunai hospital : RM 25 sehari sehingga 60 hari di hospital kerajaan dan swasta      
       f. Elaun kerusi roda  RM 1000 , ibu bapa dahulukan dulu duit dan tuntut balik dengan takaful                  dengan pengesahan dr pakar ortopedik Pengecualian :  sukan bahaya ski air polo perlumbaan motor Kurang upaya sedia wujud Bunuh diri Penyakit atau wabak Jika aktviti bhaya oleh pihak sekolah yg mendapat kelulusan kpm takaful akan bayar kecuali murid sertai sendiri

      Tatacara tuntutan

      1. Buat makluman awal kepada takaful melalui emel atau surat 30 Hari tarikh kemalangan
      2. Muat turun borang tuntutab di www.takaful-malaysia.com.
      3. Jika kemalangan melibatkan bas sekolah murid boleh claim dua skim tpsm dan sims
      4. Penting utk pihak sekolah melengkapkan lampiran A utk pembayaran tuntutan gb kena tentukan siapa yg dapat wang tuntutan
      5. Untuk sims lampiran A siapa yg menerima tuntutan akan dilakukan oleh spad
      6. Dokumen penting utk tpsm borang tuntutan laporan polis salinan permit kubur sijil kematian  lampiran dan covering letter dari sekolah.  semua dokumen perlu pengesahan sekolah
      7. pelajar yg kemalangan akibat menunggang tanpa lesen tidak dapat tuntutan

      SKIM SIMS

      1. Milik spad dan penglibatan sekolah adalah terhad sebagai pengesahan sahaj
      2. Tujuannnya adalah galakkan ibu bapa utuk gunakan bas sekolah berlesen dan lumpuhkan    lambakan bas sekolah haram
      3.Tertakluk di malaysia, indonesia, singapura, thailand dan brunie sahaja jika ada rombongan ke sana 4. Jenis jenis tuntutan boleh rujuk hand out dari takaful menerusi gambar di bawah
      5. Tindakan akan dimbil oleh ibu bapa dan pengusaha bas yang akan buat makluman awal kepada spad dan takaful malaysia kemudian print borang dr web takaful dan bawa ke sekolah utk pengesahan 6. Dokumen tuntutan adalah seperti lampiran dr takaful
      7. Ada borang baru iaitu borang kredit terus iaitu duit akan dimasukkan dalm akaun24 jam bg elaun hospital dan khairat kematian
      8. Sims pengesahan gb atau mana mana gpk pun boleh buat pengesahan
      9. Utk tahu bas tersebut berdaftar dengan spad atau tidak semak di laman web spad no plat bas berkenaan
      10. Jika seluruh anggota badan murid yg kemalangan berada dalam atau menyentuh bas so murid ini boleh claim sims
      11. Jika bas accident dan murid dalam bas tercampak keluar dr gas layak claim sims 12. Jika buat rombongan hanya guna bas sekolah yg di daftarkan dengan SPAD sebagai "bas sekolah" sahaja layak klaim sims jika kemalangan.

       Jika bas persiaran hanya boleh tpsm sahaja maklumat lanjut boleh hubugi pegawai Takaful Malaysia En. Halim di talian 0133081792 atau emel ke halim.mohmad@takaful-malaysia.com.my