Cara daftar permohonan Darjah 1 dikongsikan di bawah ini untuk panduan.
- Permohonan online adalah dibuka untuk seluruh Negeri di Semenanjung Malaysia bermula dari 1 Mac 2017 sehingga 30 April 2017 di Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM)..
- Untuk Negeri Sabah, Sarawak dan W.P Labuan, permohonan adalah melalui sekolah iaitu secara manual.
Untuk ibu bapa dan penjaga semua, berikut dikongsikan cara membuat permohonan murid Tahun 1 ambilan 2018/ 2019 untuk seluruh negeri di Malaysia. Secara online adalah menggunakan applikasi SPATKPM manakala permohonan secara manual memerlukan ibu bapa penjaga untuk hadir ke sekolah yang ingin dipohon.
Maklumat Penting : Permohonan secara online bukanlah WAJIB kepada semua penjaga dan ibu bapa.
Siapa Yang Layak Mendaftar?
Kanak-kanak yang layak didaftarkan adalah warganegara Malaysia yang mempunyai tarikh lahir seperti berikut :
- 2 Januari 2011 sehingga 1 Januari 2012 (Sesi persekolahan tahun 2018)
- 2 Januari 2012 sehingga 1 Januari 2013 (Sesi persekolahan tahun 2019)
Cara Daftar Kemasukan Murid Tahun 1 Online
- Kawasan : Negeri Di Semenanjung Malaysia
- Tarikh Buka Permohonan : 1 Mac 2017 Hingga 30 April 2017
- Applikasi Permohonan : https://public.moe.gov.my/
- Pengguna SPATKPM yang baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di PENGGUNA BARU
- Panduan permohonan online : Klik Muat Turun dan FAQ
Tindakan/ Langkah Ibu Bapa Selepas Mendaftar Online
Ibu bapa atau penjaga yang telah berjaya membuat pendaftaran online perlu membuat tindakan berikut bagi melengkapkan permohonan pendaftaran :-
- Mencetak bukti permohonan
- Seterusnya, mereka perlu hadir ke pejabat sekolah yang dimohon untuk perakuan permohonan dan penghantaran dokumen
- Ianya perlu dibuat dalam tempoh pendaftaran dibuka iaitu dari 1 Mac sehingga 30 April 2017.
Senarai Dokumen
Berikut adalah dokumen-dokumen berkaitan (secara umum) yang diperlukan semasa penghantaran dokumen. Ianya bergantung kepada pentadbiran sekolah negeri yang dipohon.
- Sijil lahir kanak-kanak berkenaan (Salinan asal beserta 1 satu salinan)
- Kad pengenalan ibu bapa / penjaga (Salinan asal beserta 1 satu salinan KP ibu dan bapa)
- Surat nikah / surat cerai (Salinan asal dan 1 salinan)
- Salinan bil elektrik, bil air, cukai pintu untuk bukti tempat tinggal
- Sampul surat bersaiz standard dan setem (saiz sampul surat dan harga setem adalah ditentukan oleh pengurusan sekolah negeri dipohon)
- Laporan kesihatan doktor dan kad OKU (jika berkaitan)
Soalan Lazim
Berikut diantara soalan lazim berkenaan permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 ambilan 2018/ 2019 Online :-
1. Sistem Pendaftaran Atas Talian ini diwujudkan bagi memudahkan permohonan ke tahun 1 tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual.
2. Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri sebelum membuat permohonan ke tahun 1.
3. Hanya Ibu bapa dan penjaga yang dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengguna.
4. Cara untuk mendaftar sebagai pengguna baru
2. Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri sebelum membuat permohonan ke tahun 1.
3. Hanya Ibu bapa dan penjaga yang dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengguna.
4. Cara untuk mendaftar sebagai pengguna baru
Tekan Pengguna Baru-> Isi semua medan Daftar Pengguna -> Tekan Daftar
Sila daftar dengan menggunakan No. Mykad yang betul
5. Cara untuk mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa
5. Cara untuk mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa
Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan Maklumat Diri dan Maklumat Akuan-> Semak Jawapan.
Semakan Keputusan Kemasukan Murid Tahun 1
Keputusan permohonan pendaftaran murid Tahun 1 akan diumumkan sekitar bulan Julai/ Ogos 2017 (Tarikh akan dikemaskini). Semakan boleh dibuat secara online di SPATKPM.
Kepada ibu bapa/ penjaga semua. Selamat membuat Pendaftaran Murid Tahun 1 2018/ 2019 Online atau manual. Moga sistem permohonan yang diperkenalkan ini dapat mempercepatkan dan memudahkan urusan permohonan anda semua.
0 comments:
Post a Comment